Salam alaik
Apa khabar? Alhamdulillah semuanya sihat,kan. sambil duduk2..aku tengah fikir masa yang telah berlalu, aku rasa, aku tidak berbuat apa2 pun, aku bagaikan tidak pernah buat apa2, aku rasa begitu tika ini~
Aku bosan dengan hidup ini, hidup dengan rutin hidup yg biasa. Bangun tidur, beribadah, mengulang kaji pelajaran, pergi kuliah, balik rumah, tidur (**). bosan,kan~ nak memenuhkan lagi masaku, aku pergi jumpa kawan2, juniors, seniors?..hmm, aku jarang berurusan dengan mereka, sebab mereka telah ‘meracuni’ fikiran aku semasa 1st year dulu sehingga kini.
Aku pun manusia juga, ada perasaan, juga mampu membuat penilaian. Eh, bukan tiada langsung, cuma seniors yang sentiasa berfikiran positif & neutral sudah pulang ke Malaysia. Jadi, aku hanya bersosial dengan juniors yg masih tinggal di Mesir sahajalah.
Aku, pada hari ini bersendirian. Ayahku pula, sudah tidak membenarkan aku bergiat aktif dalam mana2 persatuan & jemaah. Ya, aku mengaku, itu juga pilihanku sebelum aku merancang untuk bergiat aktif semula. Maka, secara automatiknya, hidup aku menjadi kurang stabil. Iyyelah, sudah terbiasa dengan hidup penuh program dari siang ke malam, tiba2, perlu tukar kepada hidup tanpa apa2 program. Sesetengah orang mungkin suka dengan situasi itu, ZON SELESA katakan
, aku pun ingin rasa bahagia, tapi.. Bagaimanakah? Aku tidak biasa!
Jenuh. Banyak sahaja program2 jiwa yg dianjurkan persatuan, aku jarang ke sana, kerana aku sudah terluka dengan orang2 kuat persatuan. Mentaliti mereka, berbeza. Ya, kita patut lebih fokus pada apa yg disampaikan, bukan kepada siapa yg menyampaikan. Tapi jiwa yg sakit ini, rupa2nya belum terubat, kerana yg mencetuskan rasa sakit itu, adalah dari kalangan mereka yg aku sayang.
Jadi, untuk mengisi kekosongan jiwa, aku merapatkan diri dengan akhawat2, kerana merekalah teman2 rapatku di sini. Walaupun, aku sudah tidak bersama mereka, mereka tetap berbaik sangka & melayanku dengan baik, aku cuba juga mendapatkan pengisian dari mereka. Terima kasih.
Aku tiada kisah cinta, alaah, cinta monyet tu laaa, cinta biasa2 tu. Aku tidak tahu kenapa. Aku tidak suka, walaupun aku ingin merasainya, sungguh!. Alhamdulillah, semua ini dari Allah. Aku masih teringat kata2 abangku, semasa di sekolah menengah dulu, ” Jangan dok senyum2 kat orang lain macam ni eh, kat abang bolehla, ok? .” Aku kata ” OK!.” Aku suka usik2 dia. Tapi sekarang dia sensitif sikit, kuat merajuk ;p Tak tahulah kenapa, adoii~
Sebab kata2 itulah, aku tidak berminat untuk berurusan dengan lelaki. Aku tidaklah nak pandang mereka, kalau tiada urusan. Senyum apatah lagi. Memang biasa, kalau mereka kata aku ni sombong. Hatta, kepada orang yg aku suka pun, aku buat begitu. Dengan perangai yg begini, sampai bila pun orang yg aku suka itu tidak tahu, yg aku suka padanya. Memang banyak mata memandang, apatah lagi bila dah 4th yr ni, sebab ikhwah sudah mula berfikir bab kahwin2 ni. Ah, biarlah,kan. Carilah yg beragama, agar tidak menyesal.
Orang yg mampu bercakap di hadapan manusia itu, adalah hebat eh? Aku tidak berminat utk berbuat demikian, jadi, aku tidak hebatlah, begitu? Saja2 aku mempersoalkannya.
Segala apa yg aku lalui di sini, baru aku tahu, siapa sahabatku, siapa kawanku…lawanku? Aku jangka, tiadalah, sebab aku tak berminat nak berdebat, apalagi dengan benda2 remeh. Lawanku, hanya dalam bab pelajaran sahaja, insya-Allah~ Aku juga berasa bosan & rimas dengan persepsi sekitar, yg menganggap aku ini, baik, banyak ilmu,etc.. Aku tidak seperti itu, sebenarnya. Kita semua sama sahaja, yg membezakan kita adalah takwa.
Dan juga, segala apa yg aku lalui, membuatkan hatiku sangat terluka, sakit, sudah berkali2 aku patah semangat, tapi Allah itu Maha Pengasih. Aku jadi malu untuk terus lemah. Allah hanya beri apa yg aku mampu hadapi. Apa yg aku lalui ini terlalu simple, ujian ringan. Jika nak dikira, perasaanku, perasaan Rasulullah s.a.w. itu lagilah maha hebat diuji, dalam menyebarkan dakwah Islam dulu, tapi baginda sabar & tabah. Pada Allah tempat baginda mengadu.
” (iaitu) orang yg berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, & orang2 yg menahan amarahnya & memaafkan (kesalahan) orang lain. & Allah mencintai orang yg berbuat kebaikan.” (3:134)
P/s:
- Setiap yg berlaku ada sebab & hikmahnya
- Marilah berusaha bersangka baik, kerana kebanyakan sangka2 yg buruk itu adalah dosa.
- Mari cuba ikhlas dalam beramal, kerana ikhlas itu hanya diketahui Allah & diri kita sendiri. So, jangan biarkan amalan2 kita menjadi debu2 yg berterbangan di akhirat kelak, dgn sebab tidak ikhlas. Rugi~
- Allah lebih suka kepada muslim yg kuat berbanding muslim yg lemah. Maka, kita mesti cuba usaha utk kuat!
- Allah sentiasa bersama kita. Lagipun, semuanya datang dari Dia.Tiada apa yg perlu kita risaukan.

