Bercampur- baur..~

salam alaik.

Sudah 5 Syawal,  alhamdulillah dapat beraya di kampung halaman. Barulah terasa bahawa diri sendiri juga layak bergelar ‘orang kampung’. Aku hampir merasa semua jenis kuih- muih & kek  yang ada di rumah saudara- maraku, macam dah tak balik Malaysia 10 tahun, lagaknya.Apabila bertemu saudara mara yang terlalu ramai jumlahnya ni, aku dah tak tahu nak cakap pasal apa2, sebab aku  sudah lama tidak mendengar berita setiap seorang daripada mereka.

Aku  rasa sedikit pelik , selepas sahaja hari lahir aku tempoh hari,aku  menjadi  seorang yang kurang bercakap. Kalau bercakap lebih dari yang sepatutnya, aku akan jadi gagap, tidak tahu kenapa jadi macam tu. adakah aku ni tidak cukup makan ataupun aku ini, sudah semakin matang & berfikiran jauh?…bagiku,  orang yang bersifat sedemikian, biasanya begitu; lebih banyak befikir & bertindak daripada berkata2.

Kadangkala, akan terselit rasa sedih & sunyi walaupun ketika berkumpul bersama saudara-mara terutamanya di  sebelah bapaku. Aku tiada teman yang rapat. Aku suka melihat mereka yang mempunyai kakak & adik perempuan, mereka mempunyai tempat untuk bersembang & bergurau, bila2 masa sahaja. Tapi aku tidak punya peluang sebegitu. Aku selalu bersama ibuku, teman rapatku selepas ayahku,di mana sahaja. Tidak mengapalah,  Alhamdulillah.

Ya, seronok betul cuti  hampir  2 bulan, tanpa menulis & berfikir, patut tak macam tu?….bukan apa,aku bukan sengaja tak mau bawa balik buku2 medik tu, aku terlupa. Jadi aku pun kenala banyakkan membaca apa sahaja yang dapat menggerakkan otakku supaya tidak beku. Baru sebentar tadi tokku meminta aku tuliskan satu doa untuknya….terketar2 aku bila menulisnya…..macam tulisan doktor hasilnya, nasib baik tok masih dapat membacanya dengan baik….huhuhu~…hmm, aku sekarang tengah cuba khatamkan buku Sinergi karangan Hilal Asyraf. Best juga. Mesti baca.

Hmm,satu lagi….ayahku pun sudah bertanya pada aku,ada buat apa2 perancangan ke untuk masa depan selain pengajian, secara telusnya…tentang jodoh. Aku cukup terganggu bila perkara ini dibincangkan. Aku tiada apa2 pengalaman pun untuk diperkatakan. Prinsipku,  Mens First, selalu aku pegang. Jadi jika ada yang minat padaku nanti, sila mulakan dulu, tidak mungkin aku akan mulakan dulu,ya. bajetlah aku ni kadang2, kan…hehehe..

Aku ada sahaja minat pada seseorang, sejak 6 tahun dahulu,lama jugala,kan..Kenapa cukup sukar untuk menghilangkan perasaan itu???..berkali2 aku cuba, gagal tapi..itula kuasa pandangan pertama… salah aku juga  kerana tidak menjaga pandanganku dulu, tapi aku tidak boleh pula menyalahkan Allah kerana menimbulkan perasaan begitu.

Biarkan sahaja perasaan itu, yang penting sekarang aku berusaha untuk menjadi yang terbaik. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Haa, insya-Allah beberapa orang sepupuku akan berkahwin hujung tahun ni, K Jaja, & Zikri. Ada juga yang akan berkahwin pada tahun depan bulan 5, Izzati namanya.. Semoga dipermudahkan segala urusan,ameen.

Insya-Allah. Abangku akan pulang ke ‘negaranya’ 16 Sept ni  untuk meneruskan pengajiannya yang masih berbaki. Aku rasa sedih sedikit jelah. biasalah, mode perpisahan. Selepas itu, adikku pula akan balik ke kampusnya 20 Sept. . Aku kembali sendiri di rumah,bersama ibu bapaku tersayang. Tidak mengapalah, Insya-Allah kita akan bertemu kembali ya.

Banyak betul perasaan yang timbul ketika bercuti panjang ni. Semoga cuti yang masih berbaki ini dapat aku manfaatkan dengan sebaiknya. Insya-Allah.~

This entry was posted in semasa.

Leave a comment