Ibu Bapa Perlu Dirai..~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Aku bersyukur. Seinfiniti kesyukuran aku panjatkan pada Ilahi, atas nikmat yang diberi, terima kasih Tuhan kerana mengurniakanku 2 insan yang penyayang buatku; ummi & abah. Mereka tidak sempurna, tapi dengan kekurangan itulah yang membuatkan mereka cukup sempurna bagiku. Bagaikan tidak cukup cuti 2 bulan bersama mereka, banyak perkara yang ingin aku buktikan, bahawa aku menyayangi mereka sesungguhnya. Cinta yang cuba kusemai pada mereka, adalah satu hasil cinta mujahadah aku pada Allah. Aku cinta mereka kerana Allah menyuruh aku mencintai mereka. Tiada lain.

Aku juga seperti anak2 yang lain, inginkan segala bentuk kebebasan,tapi mereka menyekat sebahagian kebebasan itu mengikut cara mereka yang tersendiri. Sebahagian kebebasan itu, aku anggap sebagai kongkongan. Tapi, apabila aku sudah dewasa, aku mula sedar semua yang kudefinisikan sebagai kongkongan itu merupakan didikan yang menjauhkan aku dari pengaruh dunia yang merosakkan.

Ok,anggap sahaja aku sebagai Nur.

” Abah, Nur nak tengok loket kat kedai emas tu jap..” kataku terus meluru ke meja pameran, sekadar tengok2. ” Nur nak ke? ” tanya abah. Aku senyum je,segan.”  Erm,ikut abahlah..”. Akhirnya abah membeli satu loket untukku. ” terima kasih,abah.” kataku. Ini kenangan semasa form 2, ketika ayahku bergaji tetap.

Tapi kini,ayahku bekerja sendiri, hidup tidak sesenang dulu. Apa sahaja yang ingin dibelanjakan, perlu ditimbang keperluannya. Ayahku bekerja lebih kuat berbanding dahulu. Aku rasa kasihan,aku pun bertanya,

” Abah,hmm..abah,kenapa abah pilih jalan susah ni?..dengan kelulusan Master abah dulu,abah boleh guna untuk dapatkan kerja yang lebih mudah dari apa yang abah usahakan hari ni. Kenapa ye ,bah?

” Nur,abah tahu,tapi abah buat macam ni semua,semata2 nak wujudkan sunnah. Abah tak kisah pun. Dah2, Nur tak payah fikir semua tu, Nur belajar je,ya” kata abah. Aku diam. Akur.

” Ummi, Exam dah nak dekat, Nur tensionlah” rungutku hampir menangis. ” Nur, Ummi hantar Nur ke sekolah agama, kan. Nur dah tahu kan apa yang patut Nur buat kalau dah tension camtu. Ummi ni,sekolah biasa je, pun tak macam tu.” kata ummi. Aku pun berhenti merungut. Itulah nasihat ummi bila aku tension. Simple, tak ada mode pujuk2.

Dari dahulu sampai sekarang, aku tengok ibu bapaku sibuk bekerja, tapi kasih sayang untuk anak2nya tidak dilupakan. Hampir setiap keinginan cuba dirai. Hebat kan, cinta tanpa syarat ibu bapa kita… (^^)

Pernah juga aku merungut lantaran terasa terlalu dikongkong, hinggakan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain, & bermacam2 lagi rungutan yang akhirnya membuatkan ibu bapaku bersalah. Aku tidak bermaksud untuk menyakiti hati mereka. Aku terus memohon  maaf.

Aku pun bermuhasabah. Aku pun mulai sedar, ibu bapa yang terbaik, bukan hanya sekadar  memenuhi keperluan materialistik anak2, tapi memperkenalkan anak2 itu dengan penciptanya, memberi kefahaman agamanya, sehingga anak2 itu benar2 cintakan Tuhan & agamanya. Bagiku, mereka telah melakukannya. Alhamdulillah. Terima kasih ummi & abah.

Mereka juga pernah melakukan kesilapan, tapi bagiku kesilapan itu adalah kerana mereka manusia,tidak sempurna. Dengan segala apa yang telah mereka korbankan, masa, tenaga, harta, setiap nafas yang terhela, &  air mata yang cuba disembunyikan lantaran susahnya hidup ini hanya kerana anak2, mereka sememangnya tidak layak untuk kita hukum & kita marah.

Kita tidak layak buat semua itu. Sebaliknya,cuba raikan mereka atas apa yang mereka suka. Apa sahaja yang membuatkan mereka gembira. Cuba ingat balik,  mereka telah berusaha meraikan kehendak kita sejak kita lahir ke dunia fana ni, jadi, giliran kita pula, anak2nya perlu cuba raikan mereka pula.

Jasa mereka memang tidak mampu dibayar oleh apa2 pun. Semoga Allah merahmati setiap saat kehidupan mereka, mengasihi mereka & memberkati kehidupan mereka, insya-Allah.  Terima kasih abah & ummi.

This entry was posted in santai.

Leave a comment