Sibuk !..hehe..

salam alaik.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Aku sibuk. Sangat sibuk. Amat sangat sibuk. Nak tahu apa yang menyibukkanku?….Aku sibuk dengan segala macam aktiviti yang dapat dilakukan di rumah, lebih-lebih lagi, apabila waktuku berada di Malaysia semakin suntuk. Siapa kata duduk di rumah itu membosankan?? Aku tidak rasa begitu, malah aku lebih suka berada di rumah berbanding di tempat lain.  Macam2 yang dapat aku buat, kalau aku senaraikan, pasti berjela-jela. Sebentar ya, aku nak buat senarai atas apa yang telah aku lakukan sepanjang aku berada di rumah selama 2 bulan yang lalu.

–  ‘vakum’ bilik aku, bilik ibu bapaku, plus ruang tamu

– mengemas bilik2 yang  jarang2 digunakan

– sidai, lipat & gosok baju2 yang perlu digosok

– masak

– cuba hasilkan resepi baru (hanya ketika adik-beradikku balik rumah)

– melayari internet/tonton tv

– lakukan senaman ringan

– buang habuk2 di segenap sudut rumah (kerja yang amat seksa bagiku lantaran alah pada habuk)

– cabut rumput2 & lalang yang tumbuh di kawasan yang tidak sepatutnya

– kemas kawasan belakang rumah yang penuh dengan daunan kering

– tanam & siram pokok2

– basuh bilik air

– baca buku ( tak sangka ya, bila masuk bidang perubatan,menjadikan aku rajin membaca, baguslah..(^^) )

– usik abah & ummi (aktiviti yang paling digemari,hehehe)

Itu sahaja aktiviti yang aku buat sepanjang berada di rumah. Sebenarnya banyak lagi kerja  yang boleh aku buat, seperti menjahit baju, basuh kereta abah & ummi, trim pokok2, etc. , tapi oleh kerana aku kadangkala dijangkiti penyakit M.A.L.A.S , jadi, hanya aktiviti yang mengambil masa yang singkat untuk aku langsaikan sahaja yang aku sudi buat,hehehe…

Aktiviti2 seperti ini penting bagi aku  untuk memantapkan skil2 hidup. Kebanyakan aktiviti2 di atas, aku plagiat dari abah & ummi. Menurut kajian pakar2 pendidikan, otak seseorang yang melihat orang lain melakukan satu kerja, turut bekerja seperti mana orang yang bekerja tadi. Hebat,kan.  Sebab itu, manusia berkebolehan untuk meniru.

Tapi, hanya sekadar melihat, tapi tidak melakukan, tidak mampu memantapkan skil2 dalam beberapa perkara. Sebab itu aku cuba meringankan tulang melakukan aktiviti2 tersebut  demi pengalaman, walaupun aku pernah ‘ cedera’ selepas aku cabut rumput2 di halaman. Yelah, sekali setahun pun belum tentu aku buat kerja cabut rumput ni, tiba2 satu hari mood aku memuncak untuk cabut rumput2 tu.Geram. Tinggi benar dia tumbuh, dah hampir sampai ke paras pinggang aku. Jadi, aku cabutlah. Lepas cabut rumput2 tu, tiba2, aku rasa tangan kanan aku sangat sakit, seakan2 sudah patah, jika digerakkan. Jadi, terpaksalah aku berehat sebentar walaupun tidak letih. Memang terseksa waktu itu, tapi aku puas, alhamdulillah.

Bila abah & ummi balik setiap petang dari tempat kerja, ayat mereka selalunya lebih kurang camni; ” Buat ape satu hari ni?  Haa, tido jela tu, itulah yang paling pandai dia buat……~”.

Sambil tersengih, aku pun jawablah, ” Eh mana ada, orang buat kerjalah tadi, sekejap je tido tadi,terlelap, heee~..”

” Buat kerja apa tadi? tak nampak pun apa2 yang berubah dalam  rumah ni..” soal ummi.

” Adalah..” jawabku, sengaja berahsia.

Pernah juga aku tidak buat apa2 di rumah seharian, hanya menghadap laptop, semata2 ingin cuba menghasilkan sebuah movie. Ya, alhamdulillah akhirnya berjaya. Sengaja aku hasilkannya sebagai sebuah kenangan untuk abah & ummi, khususnya. Aku tidak bercadang menayangkan movie itu dalam blog ini atau di mana2.maaf ya.

Jadi, dapatlah aku katakan betapa seronoknya berada di rumah, boleh menyibukkan diri walaupun sorang2. Sekejap lagi, ada yang tertanya2, tidak sunyi ke duduk rumah sorang2?…sudah semestinya aku rasa sunyi sesunyi sunyinya, tetapi walaupun aku sorang2, aku bukan bersendirian, Allah kan ada….lagipun banyak lagi kerja yang dapat dilakukan daripada melayan perasaan sunyi itu~

Apabila sudah pulang ke Mesir, kebanyakan aktiviti di rumah xdapat aku buat lantaran sibuk menguruskan kehidupan sebagai pelajar.ok, sampai sini sahajalah ya, lebih baik aku mula study bersungguh2 sebelum otakku mengatakan bahawa aku tidak belajar apa2 selama hampir 2 minggu kelas bermula,hehe.. salam alaik..~

Leave a comment