Iman.

salam alaik.

Aku tahu, semua orang tahu & biasa dengan ayat itu, IMAN. Dari sekolah rendah, hingga sekolah menengah, masuk universiti,dah kerja & sampai bila2 pun iman, tetap iman. Iman berserta konsepnya tidak pernah berubah. Aah,boringlah. ……Bagaimana jika aku kaitkan iman dengan isu berbangkit di Mansurah, tempat aku belajar ni, wah,pasti ada yang sensitif…Tetapi iman & konsepnya tetap tidak akan disentuh hebat berbanding isu2 Mansurah tadi. Maaf atas usikan.

Iman itu dari segi bahasa adalah percaya. Istilahnya pula bererti percaya dengan hati, diucapkan dengan lidah & dibuktikan dengan perbuatan. Haa, lebih kurang macam dalam buku sekolah,kan. Mudah. Hampir semua orang boleh ingat & hafal….. Tapi tidak ramai yang mampu memahaminya.

Alang2 aku berada di Mansurah, aku ingin juga sentuh sedikit isu2 Mansurah, barulah entri ini difahami dengan penuh jiwa & perasaan. Hehehe..

“Kenapa orang Melayu di Mansurah tidak aman?”

” Kenapa pihak A suka mengata pihak B, apa betul sangatkah pihak si A tu?”

“Pelik ya, kenapa bila aku cakap dengan mereka di sana tu tadi, terasa ada gap ya??..Ish, tak sukalah”

“Hmm, bolehkah kita bekerjasama dengan orang yang berbeza fikrah & pendapat dengan kita? Ish,susah kot…very complicated…”

Maaf ya, ini bukan rekaan semata2, tapi ia realiti & aku tidak suka dengan suasana ini. Benci.

Bagiku,semua itu wujud kerana konsep iman tadi tidak betul2 difahami. Iman seharusnya menjadi masdar kita,yakni perlembagaan asas dalam kehidupan. Segala tindakan, perancangan, semuanya perlu dimulakan atas dasar keimanan kepada Allah.

Iman itu percaya. yakin. Percaya & yakin kepada azab seksa & balasan ganjaran daripada Allah, adalah benteng utama dalam memandu kita menjalani kehidupan yang baik. Dan untuk mendapat pengakhiran yang terbaik.

Jika iman menjadi perlembagaan kita, maka segala perintah Allah akan menjadi penanda arah kepada perjalanan hidup kita. Bukan nafsu. Bukan perasaan. Jika iman kepada Allah itu menjadi titik tolak dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, Insya-Allah hubungan ini tidak akan dikotori sifat hasad dengki, sangka buruk, tuduh -menuduh  & akhirnya mencetuskan sengketa yang tiada kesudahannya..

Hmm…tahu apa itu Sinergi? Apa pula kaitannya dengan iman & ukhwah?

Ukhwah perlu dibina atas dasar iman. Barulah melahirkan sinergi, yakni 1 + 1= 3. ‘Tambah’ di dalam formula itu adalah iman, menyebabkan dua satu, bertambah satu lagi menjadi tiga. Tambahan satu lagi itu adalah keluarbiasaan yg berlaku apabila dua satu itu dihubungkan oleh iman.

Keluarbiasaan tadi, merupakan kesatuan hati dalam menghadapi semuanya dengan toleransi & berlapang dada.  Dengan bersatulah baru hubungan menjadi erat. Kerja berat menjadi ringan. Kerja susah akan menjadi senang,insya-Allah..

Jika kita berkawan dengan sesiapa pun  kerana rupa parasnya, kekayaannya, kepetahannya dalam berbicara, kepandaiannya & segala macam kelebihan yang ada, ukhwah ini tidak akan boleh bertahan lama. Ia bersifat sementara. Ia akan hilang mengikut peredaran masa, percayalah.

Hanya persahabatan kerana iman, akan tetap utuh dah kekal, kerana tujuan persahabatan kita hanya satu, untuk mendapat redha Allah semata2.Tiada lain. Ukhwah ini manis & tidak akan terputus. Hatta, andai dia yang kita hubungkan kerana iman tadi,  terjun ke neraka, kita akan terjun sama untuk menarik dia naik semula & berjalan beriringan bersama sampai ke syurga.

Pasti kita merasa sayang & rugi andai ukhwah yang terbina kerana Allah itu putus kerana hal2 yang remeh. Aku sendiri pasti. Seperti yang terjadi di tempat aku ini, hanya kerana kita berbeza, latar belakang, fikrah & pendapat, kita sama2 mencetuskan kelam dalam hubungan sesama kita.

Bagiku, perbezaan yang ada ni, merupakan bonus untuk kita saling lengkap melengkapi. Setiap dari kita, atau dari persatuan mana sekalipun, mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jika kita gabungkan semua kelebihan yang ada bersama2, hati2 kita kan bertaut, kita boleh bersatu, islam boleh menjadi peneraju semula..

Ohh, menulis & berkata2 ni sangatlah mudah,kan…nak buat tu, punyalah susah.. yang susahnya,kerana sikap kita yang tidak sudi berubah. Siapa yang mencipta segala kelam ini? Siapa pula yang patut menghilangkan mendung & kelam ini?…Semuanya kita,kita & kita juga. Kalau bukan kita yang memulakan, siapa lagi?

Aku tidak terlalu suka menyebelahi mana2 pihak. Aku juga tidak suka melatah jika sesuatu itu tidak menjejaskan amalan harianku. Ada seorang junior aku merungut, begini;

Mak ayah kite x join pun mana2 persatuan, atau jemaah ke, tapi mereka baik je, ambil tahu juga pasal ummah ni, takkan xleh masuk syurga kot, kite pelikla...”

Ada lagi satu dia cakap; ” Kalau kita tengok Freemasonary & Illuminati, mereka itu berbeza, tapi tujuan mereka sama, untuk memusnahkan kita, umat Islam, & Dunia Islam.Tapi kita yang berbeza ini, saling bergaduh walaupun matlamat kita juga sama, untuk menjulang Islam kembali ke mata dunia. Kite sedihlah..”

Lihat dari segi luarannya, junior aku yang seorang ni, macam kanak2 ribena, tapi mindanya lebih matang dari usianya. Ada kebenarannya di situ. Tidak semestinya, orang yang tidak berpersatuan itu, tidak turut sama memikirkan masalah ummat & tidak menyumbangkan apa2 untuk menyelesaikan masalah yang ada.  Tidak semestinya juga orang yang berpersatuan itu mampu menyelesaikan masalah yang ada, jika mereka turut menambahkan lagi masalah baru di samping masalah yang ada ..~

Jenuh memikirkan semua. Jom sama2 kita hentikan segala khilaf ini. Penyelesaian ada di tangan kita. cuma nak atau xnak sahaja. Iman adalah paksi. Andai iman itu sempurna, elemen takwa pula akan menyusul..Insya-Allah.

Allah berfirman:

” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu terlebih dahulu bergerak mengubah apa  yang ada dalam diri mereka sendiri.” ( Ar- Ra’d:11).

p/s: Segala idea yang ada ini, adalah hasil cetusan idea penulis novel Sinergi, Hilal Asyraf &  juga hasil pertemuan aku dengan beberapa teman seperjuangan ku. Syukran jazilan, saudara2ku. Semoga Allah merahmati kalian. Salam alaik.