1433H

Salam alaik.

Sudah lama tidak menulis di sini, sebab sangat sibuk belajar & sibuk mencari identiti diri kembali. Tak sangka pula, ada juga yg datang melawat lagi di sini. Minta maaf ya. Hari ini baru nak pos.

Sebenarnya sudah banyak pos yg ditulis, tapi tidak habis. Idenya terbang, tidak kembali.

Alhamdulillah saya sudah melepasi round Forensic & Toxicology, round pertama bagi tahun 4 perubatan Mansurah University (MU). Round ini sangat memberi makna pada saya. Makna sebuah kematian.

Semua yang hidup pasti akan mati. Bila & di mana kita mati, itu adalah rahsia. Tugas kita sebagai hamba Allah, hanya perlu bersedia.

Sepanjang kelas Forensic ini, saya di’hidang’kan dengan gambar2 yg menakutkan sebenarnya. Gambar manusia yg  membunuh dirinya sendiri & dibunuh, yang mati lemas, yang hitam terbakar, gambar2 perubahan mayat dari hari ke hari, dari minggu ke minggu. Ada juga manusia yang mati tercekik dek makanan yang dimakan.

Semua yang saya lihat itu menyedarkan saya bahawa manusia itu tersangat lemah. Apalah hebat sangat pada manusia itu, sudahlah tidak dapat lari dari kematian,tidak mampu pula menghalau lalat2 yg menghurungnya,tidak bisa jua  membuang ulat2 yg tinggal pada badannya ketika dia mati. Sifat sombong, ujub & takabbur sangat tidak sesuai bagi makhluk seperti  manusia.

Kepada yg mati kerana tercekik makanan yg dimakan. Kesimpulan yg saya dapat: Ada hikmahnya mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. ketika makan. Baginda mengunyah sehingga 40 kali kacap agar makanan yang baginda makan itu betul2 hancur sebelum ditelan. Dalam pada masa yg sama, makanan tadi dihancurkan dengan bantuan enzim dalam air liur kita. Jadi, risiko utk tercekik itu hampir tiada jika kita mengikut cara Rasulullah s.a.w. ini.Betulkan? Entah apa jawapan si mati itu apabila ditanya tentang sebab kematiannya ini. Nauzubillahi min zalik.

Tidaklah saya mahu letak gambar2 menakutkan itu di sini. Nanti hilang pula mood saya nk menulis lepas ni..hehe.

Untuk bahagian Toxicology pula. Saya kena bermujahadah. Lantaran lambat tiba ke sekolah (MU) (sebab cuti lama sangat kat Malaysia,erk!),  saya sudah banyak ketinggalan dalam mempelajari juzuk2 penting dalam subjek ini. Syukur, topik yang masuk dalam exam end-round tempoh hari hanyalah general toxicology. Alhamdulillah.

Saya tidak bercadang untuk belajar kerana exam mulai tahun ini, insya-Allah. Saya suka skill lab exam! Saya kena praktikkan prosedur gastric lavage depan lecturer. sangat seronok! Jika sistem pembelajaran di Malaysia, praktikalnya lebih dari teori (medical course is excluded,k..hee) , tidaklah saya tidur,atau paling rajin, saya kacau kawan2 saya dlm kelas dulu2.hee~

 

Esok bermula Round Ophtalmology. Kisah tentang mata pula. What is the mechanism of  ‘dari mata, jatuh ke hati’ ? Haa,let’s discover it.. 😉

Selamat Tahun Baru 1433H. Jom berlumba2 berbuat kebaikan. Jom berusaha menjadi hambaNya yg lebih baik dari sebelumnya. Salam alaik.