Erti kawan & sahabat~

salam alaik.

Sihat? alhamdulillah saya sihat.
Dengan waktu yg sangat terhad ini, saya ingin berceloteh tentang kawan & sahabat~
Saya dah tahu dah, mesti ada orang kata, ” alah, macamlah dia seorang saja, ada kawan. Kita pun adalaaa =p…” ataupun ada orang kata macam ni, ” so, what…?…”…-.-”
…Alaa,takpelah…bukan selalu saya nak cakap pasal ni, awak semua enjoy jelaaa 😉 hehe~
—————————————————————————————————————————————————
Pertama sekali, saya bersyukur kerana Allah beri saya peluang utk berkawan dengan semua orang, & Allah beri saya satu karisma (ececece.. 😉 ) untuk memudahkan saya berinteraksi dengan manusia. Aish..bukanlah saya nak kata saya ni ada power ke apa, karisma yg saya cakap tadi tu, wujud lepas saya berlatih2 sedaya upaya.. iaitu, senyum =) Dengan senyuman, wajah ‘monster’ saya sebelum ini telah berubah menjadi wajah ‘ puteri kayangan’, haha. Alhamdulillah~

Banyak faedahnya bila kita senyum. Antara petua utk awet muda, adalah banyakkan senyuman dalam kehidupan. Senyuman itu satu sedekah juga utk orang yg melihat. Bila kita senyum, orang yg tidak mengenali kita pun, berasa dekat dengan kita. Dengan senyuman itu juga, membuatkan orang yg berfikiran kusut pun boleh menjadi lapang & luas hatinya bila melihat kita tersenyum. Tapi, senyuman ini jangan disalah guna pula, lebih2 lagi kaum wanita, kerana ia boleh menjadi malapetaka & fitnah! Berpada2lah..jgn over sangat 😉


Ok. saya pun macam orang lain, di sepanjang hidup saya, saya sudah bertemu dengan ramai kawan yg pelbagai ragam. Dalam ramai2 itu, hanya ada sedikit sahaja yg kita boleh panggil sahabat, atau matsaleh panggil true friend. Dalam sedikit2 yg kita panggil sahabat itu, belum tentu mereka semua betul2 faham apa erti sahabat yg sebenar2nya, walaupun dia sentiasa bersama2 dengan kita, susah & senang. Setuju x?

Ada jenis sahabat yg suka berkawan dengan kita, tapi, memburukkan kawan yg  lain, agar tidak begitu mesra selain dengannya (& saya ada terhidu sikap cemburu di situ). Mungkin dia cuba ingatkan saya supaya berjaga2, tapi, semestinya saya tidak bersetuju dengan sikapnya…..~ Ada juga yg cepat melatah. Ada juga yg cepat marah. Ada juga yg terlalu sensitif. Ada juga jenis sahabat, yg suka meminta nasihat dari kita, tapi akhirnya dia berasa lemah sangat & terus lemah disebabkan nasihat tadi. Ahha, saya pun tak tahu bagaimana hendak berbuat dengan yg ini.-.-” Kadang2, bila terlalu melayan kerenah mereka ini, saya pun jadi xkeruan, pening kepala sampai susah nak fokus dalam kelas (**)~

Bukanlah niat saya utk memburukkan sahabat2 saya, & mengatakan saya ni baik. NoNoNo..~ bajetla,kan.  Saya ingin menunjukkan bahawa sahabat2 kita itu tidak sempurna, seperti kita, tapi merekalah pelengkap hidup kita, walaupun mereka ini menjadikan ‘dunia’ kita caca merba, tapi mereka tetap datang kepada kita, membantu kita apa2 yg patut, walaupun kita juga telah men’caca merba’kan hidup mereka. (betul x? hehe~)

Kadang2 terlintas juga dlm hati,  kenapalah Allah takdirkan kita bersahabat baik dengan dia, selepas kita mengenali 99 keburukannya, selepas dia berkali2 menyakitkan hati kita, selepas berjuta2(over~) kali membuatkan kita kecewa. Kalau ikutkan hati, mahu saja menjauhkan diri darinya, putus sahabat teruslah! (<— sangat over-.-“)

Tapi, bila pandang balik ke belakang(flashback), kebanyakan nilai2 murni & kebaikan yg terbentuk dalam diri selama ini adalah hasil dari  bersahabat dgn dia & saya tidak pernah sesat/jauh dari Allah, selama bersahabat dengannya, ya, ini yg paling penting. Terima kasih, sahabat :).

Kena ingat, sebagaimana sahabat kita boleh terima baik buruk kita, kita pun perlu menerima baik buruk mereka & sama2 berusaha menjadi yg lebih baik. Bukanlah penyelesaian bagi segala konflik yg berlaku antara kita dengannya adalah dengan meninggalkannya, atau terus tidak bertegur sapa.

Kawan itu tidak sama dengan sahabat. Kawan itu hanya dapat menerima kita secara luaran sahaja, hanya bersama2 di waktu bahagia & akan hilang tiba2, bila kita susah & di saat kita amat memerlukan pertolongan. Tapi sahabat itu, walaupun jarang2 bertemu, mereka akan muncul juga tiba2 di saat kita susah, gelisah..& apa sahaja yg menyebabkan jiwa kacau~ Ini yg istimewanya geng2 sahabat ni 😉 Terima kasih.

Saya juga antara bilangan manusia yg cerewet dalam bersahabat sebab sahabat itu adalah golongan yg berupaya mencorak sikap, akhlak & adab kita serta pandangan hidup kita. Sahabat itu juga adalah cermin diri kita. Pandai2lah kita bijak dalam memilih & menilai sesuatu perhubungan. Jika tersalah memilih, maka, berkemungkinan orang yg kita panggil sahabat ini, akan terus membawa kita ke neraka(!) Nauzubillah~

” Teman2 karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yg bertakwa,” (Az-Zukhruf: 67)


p/s:- Ini, hanyalah pendapat peribadi. Jika tersalah, minta maaf.
– Tengah stress dengan kawan sebenarnya, jadi kena tulis2 sikit.
– Manusia sungguh complicated, terutamanya kaum wanita. sangat emosional,huhu~
– Sentiasa bersangka baik.
– Gaza, Palestine diserang & dibom sejak 1 muharam 1434H yg lalu, & serangan ini dijangka berterusan selama 7 minggu atau lebih dari itu. Mari sama2 doakan saudara2 kita di sana. Tembakkan doa qunut nazilah kepada musuh2 Islam kita, walaupun kita belum berpeluang utk syahid di sana. Doa adalah senjata umat Islam seluruhnya~
– Akhir sekali, pos ini, peringatan utk saya juga. sekian.