Eid Mubarak.

salam alaik.

Kullu ‘aam,  waentum bikher.

Alhamdulillah. Perginya Ramadhan, Syawal pula datang mengambil tempatnya. Semoga Ramadhan yg berlalu bukanlah yg terakhir buat kita. Semoga latihan2 kita ketika di bulan mulia tempoh hari berjaya menjadikan diri kita lebih berdisiplin dalam mendidik diri & nafsu untuk 11 bulan yg bakal kita lalui, insya-Allah,ameen.

Raya kali ni, memang macam2. bercampur baur rasanya. What’s new?  Selain saudara mara datang berkunjung ke kampung, la ni, ada seekor kucing yg sangat manja + agresif, entah siapa2 punya, datang bertamu di rumah, menyebabkan ramai yg bagai ‘terlompat2’ dek geselan kucing itu di kaki masing2 & ibuku terjerit2 dek ‘sandaran’ kucing itu pada kakinya.owh. saya pula tidak suka kucing dek masalah kesihatan yg melanda (masa kecil2 dululah).

Bila semua dah besar2 nih, ramai pula yg sudah habis belajar, dah mula bekerja sendiri & dapat merasa duit sendiri, teringin juga nak start bekerja. Ada juga sepupu aku yg sudah menjejakkan kaki ke Cina sebab kerja.wah!…ada yg akan sambung belajar n bekerja di New Castle,insya-Allah.wah! Siapa?..tentulah couple of the year in our big family. Not to mention here clearly.  Ada yg akan start bekerja selepas baru sahaja selesai HO. Alhamdulillah 2 good docs produced. Overall, semuanya teruja nak kerja. Yang nak exam besar pun masing2 aim for the best.bagus2. Saya doakan semuanya berjaya capai cita2 masing2, insya-Allah,ameen. Saya pun teruja…NAK BELAJAR MEDIC. (macam tak kena je ayat ni?)~

Pasal duit raya pula. Saya masih layak untuk menerimanya walaupun sudah tua, hehe. Hanya orang yg sudah bekerja & sudah berkahwin sahaja yg tidak layak + tidak boleh dapat duit raya.hehe.Bahagiaaaa~

Adoi (@.@)….~

Ni,satu lagi situasi baru yg berlaku ketika raya, sesi rawatan  alternatif akupuntur tiba2 melanda rumah ayah tok saya. Maka, terbaringlah geng bapa2 kat tengah2 kawasan rumah tu.Dahlah, start ttt ketika baraan ( sekumpulan penduduk tempatan ziarah menziarahi dari rumah ke rumah) sampai ke rumah ayah tok. Adoilaaa. nasib baik baraan tu dari pihak kaum Adam,kalau tak,ada yg pengsan!

Dek akupuntur punya pasal, maka tak sempatlah nak pergi beraya di rumah saudara mara di kawasan sekitar, berbaki 3 rumah je lagi,haish,memang tak de rezekilah tahun ni,huhu ~

Ni satu lagi, pasal adik beradik saya pula. Yang seorang ni,suka menyakat saya. Nampak je muka saya, mulalah nak menyakat saya ni haa. Ade je ide bernas untuk dipergunakan.Sampai merajukla saya ni, ketika riang hari raya ni. Jadi keluarlah ide bernas saya untuk mencari pasal dengan dia, akhirnya dia pula yg merajuk dengan saya ni.Eloklah. Sampaikan hari lahir saya yg baru sahaja lepas tu pun dia tak wish. Bak kata budak2 zaman sekarang, ” I touchinglaa..~”

Saudara saya yang seorang lagi tu, sangat suka main dengan kucing & kanak2 ribena yg kiut-miut tu. Jadi dialah yg melayan kucing entah-sapa2-punya-entah tu,Hmm, orang kata, kalau seseorang itu, suka bela binatang peliharaan, tandanya dia seorang yg penyayang. Dia jugalah yg suka melayan kanak2, dengan berbagai-bagai aksi comel ditunjukkan sehingga kanak2 comel pun sangat sukalah  dengan dia.

4 Sept pula, ada reunion batch kecil2an. akhawat sahajalah, kami buat di Pizza Hut. Bertuah koordinator kecilnya ni, selepas merancang tengahari tu, tengahari tu jugalah dia nak bagitahu pasal reunion ni. Untunglah saya memang nak keluar jalan2  tengahari tu, kalau tidak,awal2 lagi saya reject.hehe.Seronok betul, mendengar cerita2 setiap seorang. Yang paling tak tahan, apabila setiap seorang tu ditanya, sudah bertunang ke belum,haha~..tapi adalah seorang kawan saya yg sudah pun bertunang, siap dapat tengoklah gambar tunangnya itu.Jadi, saya doakan hubungan mereka ini sampai ke jinjang pelamin, seterusnya hingga ke syurga,insya-Allah ameen~

Selepas reunion itu,kumpulan batch kami diwujudkan di Facebook. Alhamdulillah, selepas ni, senang nak berkomunikasi,untuk masa sekaranglah, tahu tak,apa yang saya rasa?..Saya rasa bersemangat dengan tautan ukhuwah ini. Saya menyangka kami akan terpisah tanpa berita selepas berakhirnya alam persekolahan dahulu. Rupa2nya sangkaan saya tersilap. Cara kami bersembang tadi, sudah seperti adik beradik. Saya kagum! Saya doakan hubungan ini berterusan sehingga ke syurga,insya-Allah,ameen. Saya sudah tidak sabar nk sambung belajar Medic! (memang xde kaitan :p..)

Hmm, saya sudah kekurangan ide, sampai di sini sahaja pos kali ini. Jaga diri & kesihatan baik2 semua :)..Jom, berpuasa 6 hari di bulan Syawal, bagi yg berkemampuan. Salam alaik~